Monday, 27 February 2017

Assalamualaikum and haii
Apa khabar?? sihat?? dah lama x tulis blog, tetiba rasa macam nak tulis blog pulak harini..hahaha. So how your life? happy? sad? hectic? siapa yang hectic tu kita geng. hahaha..sekarang ni banyk assingment yang perlu disiapkan..dengan deadline yang semakin mengejar. Jadi hari ni aku nak review sikit pasal cerita korea baru ja habis iaitu JENG JENG JENG.....HWARANG!!! siapa yang dah tengok cerita ni. angkat tangan. ok cerita hwarang ni adalah cerita korea versi zaman dulu-dulu. Cerita ni adalah mengenai sekumpulan anak-anak golongan elit bangsawan yang dipilih untuk menjadi Hwarang iaitu knights ( kesatria) aka tentera diraja. Tujuan hwarang ni ditubuhkan adalah untuk melindungi raja, yang mana rakyat-rakyat pada zaman tu tak pernah tengok pon muka raja diaorang ni.  diaorang gelar raja mereka sebagai "the faceless king". Hwarang ni ditubuhkan atas arahan queen. Queen diaorang ni kejam gila, pentingkan diri sendiri. huhuhu...sakit hati. anak anak golongan bangsawan yang dipilih untuk masuk hwarang ni semua ada agenda masing-masing maksudnya niat tersembunyi la and diaorang ni tak sebulu. Diaorang hanya akan berkawan dengan geng diaorang saja, sebabnya pada zaman tu ada dua keturunan (aku panggil keturunan sebab tak tahu nak panggil apa) iaitu sacred bone dan true bond. diaorang ni selalu gaduh. even first time masuk situ diaorang gaduh dasyat betul siap main pedang-pedang bagai. Dalam sekolah hwarang tu peraturannya, mereka akan dilayan sama rata dan kena buat kerja secara berpasukan. maksudnya makan sama-sama, tidur sama-sama, basuh baju sama-sama and yang paling tak tahan mandi pon sama-sama. Mula-mula bila kena buat semua benda sama-sama, diaorang semua tak suka siap gaduh la. habis rosak barang-barang dalam sekolah tu. Tapi lama-lama diaorang punya friendship makin kuat. respect aku. plot cerita ni dari ep 1-10 hanya yang ringan-ringan dan  lawak ja..tapi ep11 dan seterusnya banyak konflik yang berlaku. contohnya, ah ro lakonan go ara yang suka dekat "abang" kandungnya sendiri sun woo lakonan park seo joon, ban ryu yang terjatuh cinta dengan adik musuhnya sendiri dan jugak ayah tiri dia yang jahat, selalu suruh ban ryu buat macam-macam semata-mata nak gagalkan setiap rancangan yang geng hwarang dah rancangkan. dan konflik yang paling besar ialah apabila ada gosip-gosip liar yang mengatakan RAJA mereka adalah salah seorang ahli hwarang, tambahan lagi niat sebenar sun woo masuk hwarang adalah untuk mencari pembunuh kawannya iaitu lee kwang soo. lee kwang soo merupakan abang kadung ah roo yang sebenar. sun woo cuma abang olok-olok. sun woo ni dapat tahu yang pembunuh kwang so tu sebenarnya raja mereka sendiri iaitu king jinheung @ sam maek jong. ada banyak lagi misteri dan konflik dalam cerita ni. kalau aku tulis komfirm panjang berjela. cerita HWARANG ni ada 20 episod dan 2 @ 3 special episode. cerita ni memang best, lawak, sedih ( part yang mati tu serius sedih, touching betul), dan aku suka tengok diaorang punya bromance, serius cakap, bromance diaorang sangat-sangat best + touching(bagi aku)). Aku bagi EMPAT BINTANG.  Pelakon cerita ni pon hensem-hensem dan cantik-cantik jugak. Antara pelakon Hwarang ialah park seo joon, park hyung sik, min ho shinee, Do ji han dan go ara. Lagu-lagu OST cerita ni pon best jugak. korang tengok la aku sangat recommend cerita ni. ok la nak sambung buat kerja. bye. jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment