Monday, 27 February 2017

Assalamualaikum and haii
Apa khabar?? sihat?? dah lama x tulis blog, tetiba rasa macam nak tulis blog pulak harini..hahaha. So how your life? happy? sad? hectic? siapa yang hectic tu kita geng. hahaha..sekarang ni banyk assingment yang perlu disiapkan..dengan deadline yang semakin mengejar. Jadi hari ni aku nak review sikit pasal cerita korea baru ja habis iaitu JENG JENG JENG.....HWARANG!!! siapa yang dah tengok cerita ni. angkat tangan. ok cerita hwarang ni adalah cerita korea versi zaman dulu-dulu. Cerita ni adalah mengenai sekumpulan anak-anak golongan elit bangsawan yang dipilih untuk menjadi Hwarang iaitu knights ( kesatria) aka tentera diraja. Tujuan hwarang ni ditubuhkan adalah untuk melindungi raja, yang mana rakyat-rakyat pada zaman tu tak pernah tengok pon muka raja diaorang ni.  diaorang gelar raja mereka sebagai "the faceless king". Hwarang ni ditubuhkan atas arahan queen. Queen diaorang ni kejam gila, pentingkan diri sendiri. huhuhu...sakit hati. anak anak golongan bangsawan yang dipilih untuk masuk hwarang ni semua ada agenda masing-masing maksudnya niat tersembunyi la and diaorang ni tak sebulu. Diaorang hanya akan berkawan dengan geng diaorang saja, sebabnya pada zaman tu ada dua keturunan (aku panggil keturunan sebab tak tahu nak panggil apa) iaitu sacred bone dan true bond. diaorang ni selalu gaduh. even first time masuk situ diaorang gaduh dasyat betul siap main pedang-pedang bagai. Dalam sekolah hwarang tu peraturannya, mereka akan dilayan sama rata dan kena buat kerja secara berpasukan. maksudnya makan sama-sama, tidur sama-sama, basuh baju sama-sama and yang paling tak tahan mandi pon sama-sama. Mula-mula bila kena buat semua benda sama-sama, diaorang semua tak suka siap gaduh la. habis rosak barang-barang dalam sekolah tu. Tapi lama-lama diaorang punya friendship makin kuat. respect aku. plot cerita ni dari ep 1-10 hanya yang ringan-ringan dan  lawak ja..tapi ep11 dan seterusnya banyak konflik yang berlaku. contohnya, ah ro lakonan go ara yang suka dekat "abang" kandungnya sendiri sun woo lakonan park seo joon, ban ryu yang terjatuh cinta dengan adik musuhnya sendiri dan jugak ayah tiri dia yang jahat, selalu suruh ban ryu buat macam-macam semata-mata nak gagalkan setiap rancangan yang geng hwarang dah rancangkan. dan konflik yang paling besar ialah apabila ada gosip-gosip liar yang mengatakan RAJA mereka adalah salah seorang ahli hwarang, tambahan lagi niat sebenar sun woo masuk hwarang adalah untuk mencari pembunuh kawannya iaitu lee kwang soo. lee kwang soo merupakan abang kadung ah roo yang sebenar. sun woo cuma abang olok-olok. sun woo ni dapat tahu yang pembunuh kwang so tu sebenarnya raja mereka sendiri iaitu king jinheung @ sam maek jong. ada banyak lagi misteri dan konflik dalam cerita ni. kalau aku tulis komfirm panjang berjela. cerita HWARANG ni ada 20 episod dan 2 @ 3 special episode. cerita ni memang best, lawak, sedih ( part yang mati tu serius sedih, touching betul), dan aku suka tengok diaorang punya bromance, serius cakap, bromance diaorang sangat-sangat best + touching(bagi aku)). Aku bagi EMPAT BINTANG.  Pelakon cerita ni pon hensem-hensem dan cantik-cantik jugak. Antara pelakon Hwarang ialah park seo joon, park hyung sik, min ho shinee, Do ji han dan go ara. Lagu-lagu OST cerita ni pon best jugak. korang tengok la aku sangat recommend cerita ni. ok la nak sambung buat kerja. bye. jumpa lagi.

Friday, 2 May 2014

science darjah 5

assalamulaikum...
lama tak tulis..rasa rindu pulak...so mcm mna dengan life anda..cewah formal gituu..lpas spm ni rsa boring semacam ja..dh la x keja dah..duduk rumah pulak cuma menambah dan menternak lemak jaa....malam-malam ja mula la rsa lapaq..ad0i..memang  boring gila..jadi kepada adik-adik yg masih study tu, study betoi-betoi kalau nk rehatkan minda ka apa ka sikit jadi la....bukan apa sebab bila anda dah abiss exam spm...maka kebosanan akan melanda diri..PERCAYALAH..yang mana suka tgk citer korea or lyn movie dan sebagainya sampai tidur lewat tu...akak/aku nasihatkan kurangkanlah....sebab lpas sek men memang x larat dh nk lyn semua tu..berdasarkan pengalaman.....masa cuti nie aku/akak ada la tolong buatkan folio utk adik yg sekolah rendah utk standard 5 punya..jadi ingat nk share la kt sini kalau-kalau dapat membantu 

Organisma hidup seperti haiwan dan tumbuhan perlu mengekalkan spesiesnya di alam ini.         Kemandirian – keupayaan hidupan meneruskan kehidupannya bagi memastikan spesiesnya terua kekal. 
Cara haiwan membiak : 
·         bertelur
·         melahirkan anak  
Haiwan memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara :
·         menjaga dan melindungi telur dan anaknya
·         bertelur dengan banyak
HAIWAN DAN CARA MENJAGA
BURUNG
·         bertelur dalam sarang
·         telur dilindungi oleh cengkerang keras
·         burung mengeram telur-telurnya sehingga menetas
·         anak-anak burung yang baru menetas dilindungi dan diberi makanan sehingga boleh berdikari.
AYAM
·         bertelur dalam sarang
·         ibu ayam menjaga dan mengeram telur-telurnya sehingga menetas
·         menyerang musuh yang cuba mengganggu telur-telur dan anak-anaknya.
BUAYA BETINA
·         menimbus telur-telurnya dalam pasir di tepi sungai 
·         sentiasa menjaga telur-telurnya daripada ancaman musuh
·         bila telur-telurnya menetas, buaya membawa anak-anaknya didalam ke tempat yang lebih selamat.
KALA JENGKING
·         membawa telur-telurnya dan anak yang baru menetas di atas badannya selama beberapa hari 
LABAH-LABAH
·         menyimpan telur-telurnya di dalam uncang di bawah badannya
LABAH-LABAH
·         menyimpan telur-telurnya di dalam uncang di bawah badannya.
·         uncang ini sentiasa dibawa oleh labah-labah bagi memastikan telur-telurnya selamat.




HAIWAN YANG MELAHIRKAN
·         Mamalia adalah haiwan yang melahirkan anak
·         anak-anaknya menyerupai induknya
·         anak-anak diberi makan sehingga mereka cukup kuat dan boleh berdikari
KUCING
·         menjaga dan menyusukan anaknya.
·         menggonggong tengkuk anaknya ke tempat yang lebih selamat sekiranya diganggu.
IKAN PAUS
·         Anak ikan paus sentiasa berenang di sisi paus jantan dan paus betina untuk mengelak diserang musuh.
KANGGARU
·         Membawa anaknya di dalam kantung pada badannya sehingga anaknya cukup dewasa untuk berdikari.
·         anaknya sentiasa dibawa bersama kemana-mana sahaja ibunya pergi. 
GAJAH, KUDA BELANG, ZIRAFAH
·         Hidup secara berkumpulan
·         haiwan dewasa akan melindungi anak yang masih kecil




HAIWAN YANG BERTELUR BANYAK
                                                                   PENYU
·         Bertelur banyak
·         setelah bertelur, penyu akan menyembunyikan dengan cara menimbus telur dengan pasir.
·         telur penyu dilindungi dengan cengkerang nipis.
                                                                  KATAK
·         Bertelur banyak di dalam air
·         telurnya diseliputi lendir yang berbau busuk
·         ini untuk menghalang daripada musuh untuk mendekatinya dan memakan telur tersebut.
                                                             RAMA-RAMA
·         Bertelur banyak di bawah permukaan daun
·          ini dapat melindungin telur daripada musuh
                                                                  IKAN
·         MENYEMBUNYIKAN – Ikan bertelur dalam kuantiti yang banyak di celah-celah rumpai air atau batu karang
·         ini dapat melindungi telur daripada musuh
·         sesetengah ikan seperti ikan haruan jantan menyimpan  anak di dalam mulut untuk melindunginya.
                                                           ULAR TEDUNG SELAR 
·         Ular  tedung  selar  betina membina sarang dengan mengumpulkan  daun buluh kering di atas tanah dan mengais dengan tubuhnya yang besar .
·         ular tedung selar betina akan meninggalkan sarang sebelum telurnya menetas.
·         bagi menghalangnya daripada memakan anaknya sendiri kerana ular tedung selar adalah pemakan ular semulajadi .
·          Dan juga, ular tedung selar betina  telah berpuasa  selama dua bulan. 
·         ular tedung selar jantan akan menjaga sarang sehingga  menetas, meronda jauh sekitar kawasan sarang bagi menghapuskan sebarang ancaman.                                                                                                                                                                                                                                                                                    p/s: bye bantal dh memanggil...selamat malam semua 







Thursday, 27 March 2014

selamat tinggal sekolah

Assalamulaikum..
hai...lama tak tulis blog..sekarang nie sibok dok tengok2 uni n kolej n scholarship mana yang boleh mohon...maklumlah kn dh keluaq result spm..mesti semua bdk2 lpasan spm sibuk mencari jugak kn..ye dak??? tahniah diucapkan kepada yg berjaya mendapat keputusan cemerlang gemilang terbilang..dan kepada yg kurang berjaya..x pa usaha lg..sampai berjaya.. 
mai nk share sikit kt ampa pasal scholarship walaupon ada yg dh tau..tp bg yg masih mencari-cari scholarship..NAH..NI DIA ----->>>/http://www.pendidikanmalaysia.com/  
aku harap dapat membantu :)  daaaa...
jumpa lagi

                                                

Saturday, 8 March 2014

percubaan pertama

hari tu aku buat la aiskrim oreo perisa vanilla..maklum la..aku kan jenis yg malas nak keluar rumah..jadi aku p0n cari la dalam internet..lapar aiskrim mcflurry sebenarnya...tapi kalau tak dapat yg sama sipi-sip pon jadi la kan....percubaan pertama aku boleh la..asal x masuk tandas berkali-kali kira jadila kan uolls...tp lambat gila nk tunggu adunan tu jd cream dekat 45 minit jugak la....penat den menunggunya.. bila dah siap 2 alahai macam lori gula tumpah pon ada...sakit hati pon ada...tp nk buat cm na kan dah nama pon percubaan pertama...kn?kn?kn?   kesimpulannya...JANGAN BERPUTUS ASA UNTUK TERUS MENCUBA KERANA KEGAGALAN ADALAH PERMULAAN KEPADA KEJAYAAN...SELAMAT MALAM SEMUA...